Tuesday, January 18, 2011

JADILAH SEPERTI PENSEL..........



Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan ...kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman

Sunday, January 9, 2011

AKAL DAN HATI .......

*** SEDIKIT PERKONGSIAN DARI FB IKHWAH....***

"Harry, open the door!"

"Harry, can you please open the door!"

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.

Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah "The Magic Word".

"The Magic Word" bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah "The Magic Word" yang dimaksudkan.

AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan.

Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.

Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Ali, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.

Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!"

Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz "Ya Bunayya", yang boleh dimaksudkan sebagai "wahai anakku sayang". Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa "The Magic Word" yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?

Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih.....




Wednesday, December 29, 2010

JOM BACA....

‎7 ayat cinta sabda rasululllah''barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7kalimah ini akan dimulikan oleh allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih dilautan..

1.bismillahirahman nirahim setiap kali hendak memulakkan sesuatu.
2.alhamdulilah setiap kali habis melakukan sesuatu.
3.astagfirullahaladzim... apabila terlihat sesuatu atau mengatakansesuatu yang buruk.
4.insyallah jika ingin melakukan dimasa akan datang.
5lahaula wala quwatailahbillahil aliyuladzim bila xdapat melakukan sesuatu yang berat or melihat yang buruk.
6.inalilahi jika tertimpa sesuatu masalah atau melihat kematian.
7.lailahaillahlah bacalah malam dan siang sebanyak2nya ,amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dalam golongan orang2 yang terpilih oleh allah ..insyallah amin...

SELAMAT BERAMAL WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI OLEH ALLAH:)

Saturday, December 25, 2010

jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.
2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.
3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.
4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.
Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang".
Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :

Apabila kamu:
1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.
3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.
4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.\
Kitab 1001 Feqah Nasihat. m/s : 185

Saturday, December 18, 2010

10 CIRI-CIRI HIDAYAH....

1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.

2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.

3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.

4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.

5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.

6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa', ayat : 115.

7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.

8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah Muhammad, ayat : 17.

9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah Al-Qasas, ayat : 50.

10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An'am, ayat : 35.

Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran. m/s : 121.

Wednesday, December 8, 2010

assalamualaikum semua....!!
hopefully semua dlm keadaan yg baik & ceria...

8 disember - bermula khidupan sbg student final sem...dats means tempoh 1 sem ni perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, pelbagai kenangan bakal tercipta dan dibawa mengikut acuan dan hala tuju hidup masing2....sprt kata org yg biase kita dgr, tiap pertemuan tu akan diakhiri dgn perpisahan....sedih pula kalau difikirkan...tempoh 3 tahun tu bakal complete tak lama lagi....tup2, kejap je masa berlalu pergi....dan apa yang kita semua akn bawa keluar nanti agaknya????

hari ni semua student bz dgn register diri masing2...barisan pon semakin pnjg dan terus memanjang..makin penat juga kaki melangkah..mngajar erti ksbaran.hehe...actually di sini, ingin ku tinggalkn ucapan tahniah buat shbt2,adik2 esp clasmtae n coursemate sy ats kjayaan masing2 dlm imtihan lps....juga terima kasih buat lec2....
mata mmndang pd kata2 seorang akhi...
( Pointer itu adalah hasil kejayaan akademik kamu, tetapi ketahuilah bahawa Allah sebutkan dlm al-quran, kejayaan yang hakiki itulah dia orang yang berjaya membersihkan hatinya.. jangan rsa sgt kecewa pada result yang lemah stelah beusaha.. ia adalah ujian Allah.. wallahu'alam. )

p/s : perjuangan itu bkn berakhir di sini....tetapi selagi bernyawa, masih byk benda yg perlu kita ambil tahu....makin byk perkara yg menuntut diri kita utk melakukan pengorbnan....dan semakin menebal smgt perjuangan,insyaAllah...***

1432 HIJRAH....

menanti saat tahun baru hijrah 1432...." ya Rabb, seandainya ajalku semakin hampir slps ini, berikn ruang utk aku melafazkn taubat nasuha... dan seandainya msh pnjang prjalananku slps ini, beriakn aku ruang utk lebih mencintai Mu...sesungguhnya Engkau maha mengetahui...amin ya Rabb...memohon ampun kpd Allah dan memaafkn semua hamba Allah........

*** slmt berjuang dlm mncari keindhn nur Ilahi, hidup mesti diteruskn dgn mngisi halawatul iman fi dunia wal akhirat, isilah hati dgn bunga2 keilmuan, penuhi jiwa dgn kerinduan kpd Ilahi, moga akhlak Rasulullah mnghiasi diri, Al-quran & as-Sunnah mnjadi kwn karib....****

psnn buat diri: lakukanlah sebanyak mungkin penghijrahn diri kepada yg lebih baik...insyaAllah.....

“Hijrah yang ertinya pindah, dari hal-hal yang tidak baik menjadi hal-hal yang baik dan pengertiannya bukan hanya sekadar fizik seperti pindah tempat, rumah, pejabat atau yang lain. Intipatinya adalah peningkatan kualiti mulai dari hitungan detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun dan terus-menerus dilakukan dengan landasan istiqomah dan Rahman Rahim.”



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G