Sunday, April 10, 2011

...: PUTARAN KEHIDUPAN :.....

SALAM SEMUA...

setelah sekian lme xjenguk blog....bru rase mau update...b4 dis mngalami perintah berkurung...so tinggalkn blog buat seketika..heehe..[ 28 MAC - 5 APRIL ] berjuang mnghadapi final terakhir di bumi kipsas....beerti xlme lg kami akn kluar mninggalkn kipsas...sedih pulak........

tepat jam 5.30 [5 APRIL], sorang-sorang angkat kaki pulang ke rumah dari semua penjuru....family yg dr utara ade, selatan, timur,barat...senang kata semua fmily dtg ambik sbb nk angkut perabis brg2..sem dpn xduk sini dah....=(
kalo tgk di status fb, semua pakat duk bersedih...kate x rela berpisah ngan shbt2,lec2,staf2 n len2....mungkin byk dah memori tercipta disini stlh hmpir 3 tahun ditrbiyah.....

tp prncngn Allah tu melebihi segalanya...inilah dinamakn prcaturan hidup...diajar utk berkenal2an di dunia....makanya, setiap prtmuan tu disusuli perpisahan...hari in i kita berpisah disini tp masih kekal diingatan...dan andai kata diberi pluang further stdy, insyaAllah kite bertemu shbt2 yg bru...dan berpisah juga kemudiannya...doa la ye moga-moga ukhuwah ni abadan abada....

p/s buat semua shbt & shbiah: meh pakat doa buat diri dan shbt spya diprmudhkn urusan strusnya samada utk degree dlm atau luar negara mahupun ade yg berkeinginan nak bekerja dah..all d best ye semua.....praktikkan segala ilmu yg kite ade selama 3 thn menuntut kt sini...akhir kalam, jmpe tyme konvo ea ^_^

Tuesday, March 15, 2011

KISAH TUKANG KAYU.......

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sematkan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

sumber: iluvislam.com

MINGGU YANG PANJANG.......




Minggu berganti minggu pergi meninggalkan kita tanpa kita sedari masa berlalu dengan begitu pantas sekali.Tapi tak tau la kenapa,minggu ni terasa begitu panjang.Mungkin kerana jadual yang terlalu padat dan meletihkan fizikal dan mental.Tercabar juga kemahiran untuk menguruskan masa di tambah lagi dgn manusia yang pelbagai ragam..lantas menguji kesabaran diri....last2 terbabas gak... Jelas2 xpndai uruskan masa, bru berpogram sikit dah berterabur assignment, tesis....hehehe....

sekarang da pulih semula....semua pogram da setle....tesis pon da smpai ke penghujung, tggu mase je nak kena reject atau diterima.....huhu..bru2 ni saya terlibat ngan pogram seminar keagungan wahyu, MSU, annual DINNER, PERMATA KASIH.....ape pon yg plg best moment for me, mestilah permata kash...sbb muslimat belaka even kawan terdekat pon xbg sambutan sgt tp ok je...^_^ insyaAllah ade manfaatnya buat yg hadir.

bak kata seorang ukhti, nk didik hati2 manusia dgn pogram ilmiah bukannya mudah wp dlm pogram tu kite selitkan byk game fun2 tp kalau hati2 mereka xterbuka nk buat mcm mne...at least kite da berusaha drpd duk berdiam diri tanpa memikirkan mslh siswi2 skrg....disini pn dah nmpk cabarannya...jgn give up terusla berusaha....syukran ukhti ats kata-kata ni....

** di bawah ade bbrp pic kenangan berpogram....***


seminar keagungan wahyu


dalam knangan..kek tyme DINNER SUU...cantik kan??warne department


best moment kat dpn mahkamah syariah...^_^


pogram julung2 kali diadakan under HELWI


mantan2 HELWI...mabruk to krew2 HELWI + fellow...=)




p/s: moga segala input yg baik sepanjang pogram, kita ambil sbg bekalan utk perjalanan kehidupan seterusnya...dan inilh pogram terakhir buat year 3 yg bakal melangkah keluar...moga trus berjaya....

Wednesday, March 9, 2011

LALAI DALAM SOLAT....

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.



2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.



3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.



Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.



4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.



5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.

Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.



6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.



Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Wednesday, February 23, 2011

renungan buat BICARA Qalbu......



“ BICARA CINTA ”
Baru-baru ni mngikuti ceramah di UMP yg disampaikan oleh ust Mohamad Pahrol Joui….teruja jugalah,selama ni dgr motivasi n bual bicara hanya di IKIM.fm…

Awalannya, cinta itu lahir di syurga, kmudian di damparkan di dunia dan dialirkan kembali ke syurga..”
Cinta itu tmptnya dihati..apabila cinta arahkan kepada kebaikan, maka hati juga akan diarahkan kpd kebaikan.

KUASA LUAR BIASA
• Bila tepat masa, siapa dan keadaan
• Siapa lebih cinta Dialah yang memberi
• Cintalah org yg mecintaimu, bukan yg kamu cintai

“ biarkan cinta kita bertasbih kpd Allah, bukan kita bertasbihkan sebuah cinta…”
SYAHADAH - Allah itu tujuan dan Muhammad itu sbg haluan & panduan
Melihat kepada saat kmatian mnjemput Nabi Muhammad, baginda masih mengingatkan ttg perkara solat . yakni bukan hanya ditujukan buat org sekeliling yg ada pada masa itu tp peringatan itu untuk umat di masa akn dtg (sehingga smpai pd kita hari ini)

BUDAYA COUPLE
- Mjadi perkara biasa dlm masyarakat, slh meletakkan cinta…bergantungan dgn mnusia bukan berkehendakkan mncari cinta hakiki…kjrlah cinta hakiki pd Rabb.
- Dan di saat itu segala yang benar akan mnjadi batil
- Cth: Valentine’s day (bkn ini caranya menyalurkan rasa cinta)




APA ITU CINTA??
- Cinta adalah sebuah tanggungjawab….
- Love is a verb….(cinta adalah tindakan)
- Erti kata lain, save sex is not safe sex…..maka, sebayak mana kmanisan yg diteguk sblm nikah maka smakin tawar dan hambar cinta setelah brkhwin
- Cinta bukan MENDAPAT tp MEMBERI
- Cinta tanpa alasan & balasan
- Cinta Allah itu luas & sentiasa akan memberi wp hambanya tidak bersyukur kpdNya
- Kata Dr Aidh al-Qardi: “org yg pertama yg mndpt kbaikan ialah org yg prtama mmberi kbaikan”
- What u give u get back
- What u see is what u get
- Who u are determine how u see
- Kata Al-farabi: “jika cinta yg nafsu semata-mata, maka cinta itu didorong oleh syaitan..maka ia adalah haiwan”
- Kata-kata hukama’: suatu dosa itu nmpak indah semasa nk buat tp pasti ada penyesalan berpnjangan slps itu.
- Cinta adalah FITRAH, xperlu diajar(built in), xdpt dihapuskan,sgt penting demi kbahgiaan & ktenangan hati dan sgt penting utk kelangsungan hidup

- Tahanlah rasa cinta (hati) kpd yg bukan hak…mujahadah itu PAHIT krn syurga itu MANIS…apabila seseorang itu beriman, maka ketahuilah Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

- Utk mencari pasangan yg terbaik, maka diri kita perlu mnjadi baik dahulu (mncapai tahap solehah)

- Ingatlah bhw zina hati adalah dgn cinta dan harapan…hati mnjadi bolak-balik…kmanisan ibadah tidak dirasai….maka kawallah ia dgn ISTIGHFAR…..

Monday, February 14, 2011

....JOM TENGOK....

P/S: nak ajak semua tengok n renung 1 gambar ni....b4 dis kwn cerita ttg satu news yg berlaku di johor kalau xslp, then sy copy pic ni dr die...seekor rama-rama tp pd hujung sayap ade kepala ular...ha, menarik x??

Saturday, January 22, 2011

MOTIVASI PAGI.......>>>>

Lepas selesai je solat subuh, mcm biase terus je on radio hp…jom dengar motivasi pagi kat IKIM fm…sbgai insan biasa, kita memerlukan tiupan2 nasihat, bual bicara motivasi sbg pembakar smgat buat diri sendiri…hasilnya kita mampu buat kputusan bijak & mampu tangani masalah-masalah yg mendatang….pagi ni motivasi disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad bin Juoi dgn tajuk ‘ CARA HIDUP ISLAM’…..

Memetik kata-kata Imam al-Ghazali: cara hidup yang baik akan mentukan cara kematian, cara kematian akan menentukan cara pembangkitan kita di hari akhirat, cara pembangkitan kita kelak akan tentukan ke mana kita melangkah samada syurga mahupun neraka…………………..”


*** IMPIKANLAH KHUSNUL KHATIMAH*****

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G