Friday, February 26, 2010

saLam MauLidUr RaSuL....

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
" bukan amal seseorang yg memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku tetapi ialah semata-mata rahmat Allah s.w.t belaka. "
Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Semoga kite tidak lupe berpegang pada al-Quran & sunnah nabi kerana ia adalah penyuluh hidup kita..


Nabi Anak Yatim ( RAIHAN )

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api di biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anka yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung


" selamat berjuang dlm mncari keindhn nur Ilahi, hdup mesti diteruskn dgn mngisi halawatul iman fi dunia wal akhirat, isilah hatimu dgn bunga2 keilmuan, penuhi jiwa dgn kerinduan kpd Ilahi, moga akhlak Rasulullah mghiasi diri..Al-Quran dan As-Sunnah mnjadi kwn karibmu..."

KEINDAHAN BERSAMA-MU…….200210…



TEMA : ke arah remaja soleh wa musleh..
“Menyerlah jauh dari yang biasa ”

Disini ingin sy coretkan sedikit pnglaman selama diprogrmkn dlm program KBM yg penah sy lalui…boleh dikatakan ni satu pengisian yg baek & antara program yg best..
Pada mulanya tertye juge ape itu KBM???prOgram ape ni???? Then, naqibah kate jOin dulu dan bile kite berada di dlmnya…kite tahu ape itu KBM dan ape mesej2 yg dibawa…sO sy dan shbt2 mndaftar sebagai peserta pOgram…

200210 – kata naqibah, adik2 kene ikhlaskan hati dulu…supaya ilmu senang masuk dan dpt ambk input2 penting…insyaAllah..
Dan penerbangan kami pOn bermule……

SLOT 1 – Knowing u, knowing mE
SLOT 2- Nikmat oh nikmat
SLOT 3- In-Team
SLOT 4- Meniti angin malam ( penghayatan alam barzakh )
SLOT 5- Aku, kini & Hijrah

Slot 2 - membawa kami menyingkap kesusahan gOlongan kurang upaya dan mengajar kami supaya sentiase mensyukuri setiap nikmat terutama nikmat iman dan islam yang kite perolehi hingga kini…..

Slot 3 - merenung tiap2 aliran persahabatan dan ukhuwah fillah…menghrgai kwn yg kite ade dan sntiase mnyeru kpd kebaikn..mengingat kembali hadith 13 Imam Nawawi…kata2 Hukama : “shbt yg mnunjukkan kebaikan kpd kamu adlh shbt yg baik dan shbt yg mnunjukkan kslhn kamu adlh shbt yg paling baik..” dan juga perumpamaan antara pembawa wangian dan tukang besi..

Slot 4 - satu penghayatn mngenai wujudnya kematian & kmtian itu suatu yg pasti dan tdk lewat @ cepat wp sesaat…sbg renungan buat diri yg sentiase leka dgn dunia…sO pikir2kan wahai teman jika tetibe nyawa diambil..apekah bekalan kite mengadap Tuhan???adakah kite sudah bersedia sepenuhnya…

Slot 5 – “for things to change, we must change 1st ”..dan kOnsep perubahan itu : aku perlu berubah, aku sedia utk ditarbiyah, aku perlu tingktkan perubhn dan Rasulullah sbg qudwah hasanah …dan istiqamahlah di jlnnya..

Di jalan dkwah….sbg seOrg dai’e…
transfOrmkn diri menjadi seorang yang paling tidak tahu…& “ jgn tgk siapa yg cakap tetapi tgk apa yg dicakapkan olehnya”
wp program ni dah berlalu seminggu tp rOh itu masih ade dan insyaAllah akan igt sampai bile2…buat shbt perjuangan, dOaknlah sy dan tegurlah andai sy terleka..

hakikatnya, mnusia itu perlukan trbiyah, ditarbiyah dan mentarbiyah orang lain supaya sama-sama menuju syurga Allah...

Wednesday, February 24, 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH......

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Susah dan senang rela bersama….

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya kepada Allah

Itulah wanita bernama Siti hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah………..



“ Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tapi hatinya tersirat takwa keimanan…”

Monday, February 15, 2010

sUjuD daRi peRspEktiF saIns.........


Sujudlah Kepada Penciptamu!


Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)." Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika.

Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi.

Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Sunday, February 14, 2010

mEncEgaH itu leBih Baik daRi mEngubAti.....



BULAN FEB BULAN CINTA???? SAY NO TO VALENTINE....


hati ini tertarik dgn satu artikel di iluvislam.com...so, sye ambil dan letakkan disini..dgn hrpn mOga ilmu yg sedikit itu dpt disebarkan...insyaAllah....

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.






Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

kEnanGan iTu indAH......

salam semua.....hehehe....
di sini ingin dikongsikan sedikit alkisah khidupan pd 14 februari 2010 ....atas kedegilan sy krn x pulang ke rumah wp diberi cti sehingga selasa...sO fmily berstuju utk dtg ktn, melawat sy dan bercuti di cherating....agak dah lame kami tak bercuti bersame2...sO dikesempatan ini, insyaAllah dpt mengeratkan ukhuwah antara kami...
Jam 12.30 tghari family sampai di kolej sy dan kami teros ke Cherating.....dalam perjlnan tu, byk kali kedengaran suara rungutan ank sedara sy dek kerana perjalanan yg memakan mase yg agk lame...mgkin juga krn perot yg sentiase minta diisi...sabar ye ain..
setibanya smpai di sana, tibe2 kereta angah terperangkap dalam pasir pantai...alhmdulillah nsb baek ade badang2 yg mampu menolak kereta..hehe...kami berkelah dan mkn tghri di sana.....baru je nak suruh makan, semua da berlari ke air pantai terutama ank buah sy....serOnok agknye....

then selesai makan, sedang kami mengemas...tibe2 kejadian yg same berulang lagi tp berlaku pd kereta org lain yg juga terperangkap dalam pasir sehinggakan sebiji tayar depannya senget......kesian tetapi tiada siape yg dtg membantu....tdk bbrp jaoh dr situ, ade sekumpulan golongan muda yg sedang berbual kosOng.....mereka beramai-ramai yg membantu angkat kereta berkenaan....byk mata2 yg memandang dan tibe2 mereka menjerit kepuasan...hehe.... alhmdulillah masih ade insan muda yg berhati suci..even dr luaran mereka umpama seorg samseng but like my siSter said..."don't judge a book by it's cOver"

dalam plan, family sy nak menginap di challet tp nsb x mnyebelahi.....semuanye dah full....then abg mencdgkan tidor di hOtel tetapi jwpn yg same juga kami dpt dr petugas2 hotel......semua FULL....myb sebab hari ini cuti umum CNY...Jam 11 mlm family sy berangkat pulang ke Temerloh.....kpd 3 org pemandu kereta....sila drive elok2 ye....semOga selamat sampai.....thnx 4 today k...

Friday, February 12, 2010

kalaulaH imaN itu bOleh di ' ChargE '....

sejenak berfikir, teringat kembali kata2 seOrg mualim di dlm kuliyah bbrp hari yg lalu...ape yg disampaikan oleh seOrg tabligh pakistan sbg tzkirah rgkas dan mungkin ini juga sbg panduan buat kite....insyaAllah


" iman manusia itu umpama handphone yg sentiase perlu di charge setelah diberi hint (low bateri)....takot2 xsempat membalas SMS rakan....begitu juga dengan iman manusia yg sering brkurang dan bertambah....sO sblm ia jatuh merudum kite perlu sentiase charge....yakni perlu di charge dgn amal ibadat yang berterusan, zikir munajat dan juga santapan rOhani...."


ayat di ats boleh m'igtkan kita :

"bagaimana kondisi iman kita ari nie.."
nie persoalan kite slalu kne tye pada diri kte...
supaya yang lalai dpt diigtkan balik...
serta dpt tingkatnkn iman kite
apabila kite tahu iman kite sdg b'ada di tahap rendah..
MOGA2 nie dpt dikongsi utk perigtn diri ana n smua sahabat2...



tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G