Saturday, September 18, 2010

.....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H......

salam semua....
huhu...agak lme xupdate....kekangan mase mungkin...hari ni,9 Syawal sudah...ape pon masih sempat mngucapkan selamat hari raye buat semua..especialy my beloved family...friends..ahli usrah....pengunjung blog yg xseberapa ni...n others...
***mohon bebanyak kemaafan ats slh slp yg penah dilakukan secara sengaja atau tidak*****




tertarik dgn entry di web iluvislam.com bersempena aidilfitri ini......
Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

1) digalakkan berdoa di mlm raya
2) takbir raya
3) mandi sunat hari raya
4) memakai wangi-wangian
5) mkn sedikit dlm kiraan angka yang ganjil (buah tamar)
6) mengucapkn salam & selamat
7) pergi & pulang masjid mengikut jalan yang berbeza
8) solat sunat hari raya
9) ziarah-menziarahi
10) puasa 6 dibln syawal

Sunday, September 5, 2010

UKHUWAH ITU INDAH....^_^

SALAM SEMUA....SEDIKIT CORETAN HATI

alhamdulillah...smlm msh ade ruang bertemu shbt2 usrah...bersama demi sebuah perkongsian hati ke hati di saat org2 lain sibuk pulang ke kg...(buat mereka,slmt pulang ye...t8 care!)....hehe
tak tahu bgaimna nak gambarkn rase syukur pd Allah...memilih hati2 ini utk terus istiqamah di jlnNya...syukur ya Allah...berada dlm halaqah mmbuatkn kami terus tersenyum & bertmbh smgt mnghadapi hari2 mndatang lantasnya tertautnya tautan ukhuwah...tatkala seorg murobbi mnceritakn pnglmnnya iktikaf,qiam & berpogrm di masjid UIA Gombak...terase sgt2 indah...moga2 diizinkn utk ke sane kelak...aamin...

saat ini sy myampaikn serta mngupas sebuah hadis berkaitan hak-hak ukhuwah....sbg perkongsian buat semua,insyaAllah...

Dalam ukhuwah terdapat hak-hak yang mesti dilaksanakan oleh sesama muslim yang saling
bersaudara kerana Allah SWT. Diantara hak-hak tersebut adalah
sebagaimana yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah haditsnya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى
الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا
لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا
اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ
وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ (رواه مسلم



Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada eman. Para sahabat
bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Beliau menjwab, ‘apabila engkau
bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu penuhilah,
apabila ia minta nasehat darimu nasehatilah, apabila ia bersin
doakanlah, apabila ia sakit tengoklah, dan apabila ia meninggal dunia
maka ikutilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

dapat kita rumuskan hak-hak ukhuwah itu kpd 6:
1) ucapkan salam
2) penuhi undangan apbila dijemput
3) beri nasihat apabila dipinta
4) mendoakan ketika bersin
5) ziarah ketika sakit
6) ikuti jenazah ketika meninggal dunia

dan ditambah dua hak2 ukhuwah dr sebuah hadis lain yg bermaksud :

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melapangkan kesempitan dunia
seorang mu’min, maka Alla akan melapangkan baginya kesempitan pada hari
kiamat. Dan barang siapa yang mempermudah kesulitan seseorang, maka
Allah akan mempermudahnya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Barang
siapa yang menutupi sela seorang muslim, maka Allah akan menutupi
celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong
hamba-Nya, selagi hamba-Nya tersebut menolong saudaranya. (HR. Muslim)

7) peduli terhadap kesusahan orang lain
8) menutup aib/ kkurangan yg dimiliki

selesai bentang...kami relatedkan pula dgn kisah2 di zmn Rasulullah, Ya Allah,betapa umat terdahulu sgt2 mnjaga nilai sebuah ukhuwah...namun bg diri sy,slalu terlepas pndg ttg ukhuwah bersama shbt2...sering kali mmbuat mereka terguris...maafkn sy...insyaAllah,akn cuba perbaiki...moga2 ukhuwah yg dibina akn terus mekar....
......UHIBBUKUM FILLAH......



P/S: apa lagi...MARILAH HIDUP BERSAUDARA dengan melazimi hak-hak saudara ANDA serta meyakini akan hikmah Allah ta'ala terhadap apa yang dicintaiNya...kdg2 nmpk ringan tp susah nk dilakukan....jom cuba & istiqamah!


Friday, September 3, 2010

....SYARAT BUAT MAKSIAT....

pertama2nya & selamanya,panjatkn rasa syukur pd Allah...masih diberi pluang mngadakn liqa' bersama adik2....suasana yg harmoni...moga Allah satukn hati2 kami & tetapkn kami di ats jln ini.....insyaAllah
selesai pmbntngan,rase sgt tertarik dgn kisah syarat maksiat.....moga dpt dikongsikn bersama...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


p/s: seharusnya pd kita ade rase malu utk melakukn maksiat...fikir dulu sblm buat...sama2 benteng diri dr perbuatn maksiat....

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G