Sunday, July 3, 2011

RENUNGAN

*** BISMILLAH...ya Allah...betapa Kau tahu bersyukurnya aku di atas nikmat Islam ini...walaupun aku sedar dosa bertimbun, amalku seciput,imanku senipis kulit bawang...tapi aku sangat bersyukur...hadirnya insan-insan beriman,sahabat-sahabat yang banyak mentarbiyah diriku seperti ini...melalui kata-kata,perbuatan,luahan rasanya..aku mengenal erti persahabatan dalam rumpun akidah islamiyyah...betapa aku ingin bersahabat hingga ke syurgamu...sucikan hati kami keranaMu..mnjunjung amanahMu atas kalimah tauhid yang satu...***

3rd of JULY = 1 SYAABAN

Assalamualaikum semua....kaifa halukum?? moga2 semua dalam keadaan yang baik...begitu juge owner blog,alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam....syukur Ya Allah...
Lame dah xjenguk blog sendiri...bz b'blogwalking sampai lupa rumah sendiri da usang+bersawang...hehe...seronok menjenguk blog sahabat2 lain a.k.a folow blog mereka,alhamdulillah dpt byk input...

Kembali pd tajuk entry kali ni...terbace pd fb adik2 junior, masing2 da sampai kolej..esok sesi pendaftaran sem baru..selamat meneruskan perjuangan berbaki di bumi kipsas...all d best ye...tibe2 rase rindu pula pd coursemate dan shbt2 lain....ya Allah...betul2 rindu...rindu nak berkongsi dlm halaqah usrah,rindu nak dgr nasihat2,rindu nak ke kuliyah,rindu nak study sama-sama...sejak tamat pengajian,kemungkinan untuk jumpe itu tidak pasti...ape pon sy harap ukhuwah kita berpanjangan dalam redhaNya....insyaAllah..

Monday, June 13, 2011

12 REJAB 1432 H

assalamualaikum....
alhamdulillah masih diberi peluang utk hidup pada hari ini....mana mungkin esok lusa atau seterusnya dengan ketetapan dariNya kita dipanggil utk menemui Rabb...sama2 kita muhasabah diri...terkadang rasa bimbang menyelubungi diri, kadang kala diri yg menaip ni leka dgn nikmat dunia, lupa memikirkan apa yang akan terjadi utk masa akan datang..

berkisahkan tarikh hari ini dalam bulan Islam....genap 9 tahun arwah mak meninggalkan kami sekeluarga...jika kalendar masihi pada 9 thn lalu jatuh pada tanggal 19 September 2002....Allah lebih menyayangi dirinya...kami redha wp adakalanya rasa rindu tu menebal...insan mana yang tidak menyayangi ibu sendiri?? ^_^

kini hanya tinggal cebisan kenangan bersama arwah....sbg pengubat rindu....tp semenjak cuti lama di rumah....terasa sgt untuk lafazkan bahawa anakmu ini teramat merinduimu....

*** hanya doa kupanjatkan buatmu...moga ditempatkan di kalangan golongan yang beriman...****

Friday, June 10, 2011

CAHAYA HATI

CAHAYA HATI -opick

Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

LA TAHZAN =)

"kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah,
yg perlu berubah adalah diri yang menghadapinya..
hati memilih jalan,
akal memulakan langkah dan
iman meluruskan arah..
moga kasih Allah sentiasa bersama kamu.."

"dalam hidup ini Allah x sentiasa memberi ape yg kita
mahu. tapi sebenarnya DIA beri ape yg kita perlu
untuk bantu kita menjadi hambaNYA yg terbaik
didunia dan diakhirat. Allah hanya menguji seseorg itu mengikut
kemampuannya..(2:286). sungguh beruntung org2 yg diuji.
hidup adalah 1 kesilapan dimana kita belajar untuk
menjadi yg lebih sempurna"

" tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana DIA sahaja penyembuh luk,a,
pemberi bahagia pada hati&naluri.
sedikit yang bermanfaat lebih baik drpd banyak yg melalaikan.
ujian Allah datang kerana kasihNYA
pada hambaNYA agar iman terus meningkat, hati semakin mendekat,
dan jiwa menjadi lebih akrab denganNYA.."

"menjadi seorg pejuang
bukan seindah kata. kadang2
perlu berlawan dengan kehendak diri
sehingga hilang pertimbangan. moga alulan tazkir dariNYA
sentiasa bersamamu. bangunlah wahai ruh pejuang agama fitrah.
bermujahadahlah dengan ilmu yang terpatri di dada
walau seketika cuma kerana kaulah harapan
kekasih Allah"

"adakalanya kita perlu MENANGIS agar
kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.
adakalanya kita perlu SEDIH agr
kita tahu mahalnya nilai air mata..
bersyukur pada org yang MENYAKITIMU
kerana dia yg MENABAHKAN kamu..
bersyukur kepada org yg yg X MENGENDAHKANmu
kerana dialah yg mgajar kamu BERDIKARI..
besyukur pada org yg MENJATUHKANmu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..
bersyukur pada org yg MENYIKSAmu
kerana dia yg menguji KESABARAN dan KETABAHAN
hatimu"

P/S: xtahu utk disampaikn bgaimana,, tp tika ini hatiku diruntuh sepi,sedih...memikir mslh..blogwalking n then jumpe nice post sbg pengubat hati....

Friday, June 3, 2011

^_^

assalamualaikum semua...

alkisah di pagi hari...."ja, ayh tgk ada surat kt peti tu ha...." kata en wahab kpd anaknya....( dalam hati aku ni memikir macam2, glurpp mybe surat dr kolej kowt...fuh mesti ayh da bukak da.. )....

beberapa minit kemudian...." surat ada atas meja tu"...( pelik pulak dah nape ayh muke relax je kan tanpa berkata apa2 pon...)
so gagahkan diri utk cari surat tersebut..:

from: AZIZ DERASHID ROSDIN & CO (ADVOCATES & SOLICITORS)
eh bila masa la saya apply keje dekat firma lawyer ni ha....pelik semacam je surat ni...bukak2 je, punye la terkejut sbb tajuk nye [ NOTICE OF DEMAND ]....student law mesti tau kan ape maknanye...notis tuntutan???? huhuhu gelabah terus....pikir nak kene saman dah dlm tmpoh 14 hari....

to my sis yg telah menggunakan nama saya sila jelaskan bil2 anda yg tertunggak....

..: 1st tyme ni dapat surat dr lawyer....huhu...itula lwyer kan, keje mahu saman je:.

Sunday, May 29, 2011

WALIMAH VS NASI MINYAK...=)

bermula je cuti sekolah sampai akhir cuti sekolah...mmg jadi tumpuan ramai orang utk bina masjid...moga2 niat baik itu disertai dengan barakah dr Allah...semalam ayah bwk blk kad khwin...tu dia mcm surat cinta...punya lah byk....huhuhu...

dlm musim ni juga, sy dpt 1 jemputan dr jauh...tup tup classmate tyme di kipsas pon da mrncg menamatkan zmn bujang....MABRUK TAHNIAH CONGRATE yep.....hehehe..to my friend, maaf sgt xdpt memenuhi undangan....doa sy dr jauh buat kalian berdua, binalah keluarga sakinah wa mawaddah...alhamdulillah... shbtku SUHADA dan suaminya slmt diijabkabulkan pd 27 mei 2011...

****buat pensyarah kipsas Cik Diana & pasangan...juga ucapan tahniah buat kalian..moga kekah bahagia....***

T.A.K.Z.I.A.H

Rasenye masih belum terlambat utk saya mengucapkan takziah buat adik-adik Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat. Seramai 16 orang telah terkorban di dalam tragedi tanah runtuh. sayu hati bila mana mendapat berita ni....Semoga Allah merahmati arwah dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman. Amin ya Allah.....AL-FATIHAH

....: DIAM MENYEPI:.....

fuhh....betul2 lme da xupdate...hehe nak kate bz tu tidak tp mybe brodband yg xizinkan nak online selalu...alhamdulillah skrg da tamat diploma n pd saat2 akhir, berjaya juga siapkn tesis...result pon da nk kluar...so bykkn doa n tawakkal....

alhamdulillah...1 mei 2011...mencipta sjrh lagi....buat familyku, bertambah lagi keahlian...hadir seorg lelaki sbg pelengkap dan teman hidup buat kakak...moga Allah merahmati perkahwinan yg didirikan....sehari sblm ( 30 april 2011 )..agk brmkna trikh ni...ade rombongan dtg meminang kak ani...then sblh malam pula kakak da slmt diijabkabulkan.......ni bermakna lps ni tinggallah sy seorang je...buat acik n abg jamal, binalah keluarga bahagia till jannah...mudah-mudahan...

***kak nani bertunang..***

****wah2 my daddy ke ni..? mesti brtmbh sronok kalau kt sblh tu ade arwah mak...***

***dr sudut bawah bukit...ehehe****

***after acik slmt diijabkabulkan....sisters only..^_^***

Sunday, April 10, 2011

Senyumlah.. :)

menarik kan tjuk entry ni....hari ni rase sedih ats bbrp prkara mndukacitakan....tgh bce blog seorang akhi ni....tibe2 buat diri trsenyum.....hehe ^_^ so, minta izin copy ye sbg penawar buat diri....jom baca!

Abu Yazid Al-Busthami,pelopor sufi,pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru,sepanjang hidup saya,rasanya tidak pernah saya tidak beribadah kepada Allah.Orang lain sudah lelap,saya masih bermunajat.Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji.Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.Tetapi kenapa saya selalu malang dan selalu ditimpa kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana,"Perbaikilah penampilanmu dan ubahlah riak mukamu.Kau tahu,Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tidak pernah keruh malah selalu ceria.Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

"Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya.Wajahnya senantiasa berseri.Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar,tanpa mengeluh.Alhamdulillah,selepas itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Penampilannya selalu dijaga.Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa menguntum senyum bersahabat.Raut mukanya berseri....

========================

Jadi,senyum sokmo.Banyak hikmahnya.Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat :
"Awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman.
Bahkan,Rasulullah menegaskan bahawa senyum adalah sedekah yang paling murah tapi besar pahalanya....

SENYUMLAH!! (^_^)
MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN..

Malu la Sket..Kita Mati tak Pakai Tudung..dia Syahid Kerana Tudung..

One day, ngah jalan2 di library yang banyak sangat buku kat kampus nie,singgah sebentar di ruangan majalah n akhbar..ikut member pegi tengok2 resepi sambil telan air liur (coz xpndai pun nak buat). Ada satu majalah menarik..yang kawan jumpa..Oleh kerana xleyh mencuri dalam Islam,jadi,ana juz try cari maklumat tue lain la dlm web..hehehe..jom..terjah...

http://haqeema.wordpress.com/2009/07/12/wanita-mesir-ditikam-sampai-mati-kerana-berhijab/

Kisah Seorang Wanita yang Syahid Mempertahankan Hijab..
Kisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.

Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.

Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun setengah! Lebih menyedihkan, Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan!! Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??

Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz, -seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan ini- yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya dan kemudian -lebih tragis- beliau ditikam pula sebanyak 3 kali!! Tidak cukup dengan itu, polis yang berada di situ turut menembak suaminya sebanyak 2 kali!!

LOGIKKAH??

Sekarang mari kita berfikir menggunakan akal yang waras;

1)Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku di dalam mahkamah? Di negara maju yang moden pula?

2)Mengapakah Alex allowed untuk membawa pisau yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya ke dalam mahkamah? Takkan lah dia nak kupas buah sambil mendengar keputusan hakim?

3)Mengapakah orang yang berada di dalam mahkamah tersebut tidak melakukan sebarang perbuatan yang pantas dan bijak? Apa yg polis dalam tu buat? Ditembaknya pula suami Dr Marwa yg tidak bersalah!! Kini Suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Alasan mereka – polis yang menembak suami Dr Marwa menyangka beliau adalah penyerang kerana melihat lelaki tersebut tidak berambut perang dan bukan seperti orang Jerman.

Hujah kita – kenapa bodoh sangat polis tu, bukankah sepatutnya dia menembak orang yang sedang memegang pisau dan sedang bertubi-tubi menikam Dr Marwa? Macam mana polis seperti ini boleh menjadi polis di Jerman?

4)Mengapakah media barat hanya berdiam diri dan membiarkan kes ini berlalu begitu sahaja? Negara barat telah melakukan pelbagai kezaliman kepada orang Islam. Dan di akhirnya mereka mengatakan ‘ohh~ muslims is the terrorists!!’ Di manakah BBC, CNN, SkyNews, dan FoxNews yang sebelum ini cukup pantas menyebarkan berita?

Dimanakah keadilannya? Mereka mengganggap kes ini sudah selesai dengan alasan Alex mengidap ‘mentality ill’. Mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran. Mengapa?

Alasan mereka – mereka melakukannya supaya tidak dipandang serong untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai kemerosotan terhadap sektor ekonomi, politik, sosial atau pelancongan di negara-negara Eropah khususnya Jerman.

Hujah kita – sedangkan di negara mereka apabila haiwan telah dibunuh, mereka berusaha menuntut keadilan terhadap haiwan tersebut. Namun, apabila seorang wanita Islam dibunuh DI DALAM MAHKAMAH di negara Eropah, mereka seolah-olah memandang dengan sebelah mata. Mereka tak sedar, bangkai gajah akan tetap membusuk dan dapat dilihat orang walaupun telah ditutup!!

-malah, selepas Marwa dibunuh, polis Jerman menyelongkar rumahnya untuk mencari bukti bahawa beliau adalah terrorist!!

-cuba, jika seorang wanita Yahudi atau Kristian dibunuh sepertimana wanita Islam ini dibunuh?? atau orang yang dibunuh tersebut adalah adik atau kakak mereka?? Apakah yang akan mereka lakukan!!!

5)Spokesman di Dresden prosecutor’s office pula menyifatkan Alex hanya ‘TERbertindak melebihi had’ dan setelah menyiasat mereka mengatakan Alex ‘tidak sengaja membunuh wanita tersebut’.

-Bagaimana boleh dikatakan Alex tidak sengaja membunuh sedangkan dia awal-awal lagi dah bawa pisau? kalau dia tumbuk atau tampar kemudian tiba2 Dr Marwa mati, barulah logik kalau nak disifatkan sebagai ‘pembunuhan yang tidak sengaja’

6)Adakah Dr Marwa benar-benar dibunuh kerana hijabnya? Mengapa masyarakat barat terlalu membenci hijab? Bukankah mereka mengamalkan kebebasan agama? Saya merasakan Dr Marwa tidak hanya dibunuh kerana hijabnya, malah dia dibunuh kerana DIA SEORANG MUSLIMAH! kerana MENGANUT AGAMA ISLAM!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Alex adalah seorang Yahudi!!

Wallahua’alam. Dunia Islam menangisi peristiwa yang menimpa Dr Marwa al-Shebrini. Al-Fatihah buat beliau. Mari doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga perkara ini membuka mata dan mengetuk minda kita ke atas apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam masa kini. Semoga pembunuh Dr Marwa dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar menjadi pengajaran, kalau tidak di dunia, biar jasadnya dibakar di dalam api neraka kelak!! Kejamnya si kafir laknatullah ini!! Apakah pula tindakan kita??Duduk bersila menggeleng kepala??Atau sekadar memandang sekilas sahaja??

Fikir-fikirlah..

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya”. (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud “Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”. Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah. Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam.

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: “Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian” (Muttafaq `Alaih). Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.

Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas diri). Konsep al-Bara’ yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng.

Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala’ dan al-Bara’ di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam. Salah satu perkara yang mereka serang bagi melemahkan al-Wala’ dan al-Bara’ ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Macam pelbagai tudung yang dah dimanipulasikan sekarang..kalau kita menyokong,alamat tercapailah propaganda mereka..Nilailah yang mana tudung dan yang mana kain perca..y mana menutup dan yang mana cover sket2 ja..buka hati, buka minda..soal iman, soal taqwa...

Sekadar berkongsi dan mengingati..telinga y paling dekat hingga ke telinga pembaca2 artikel ini..smga dapat sedikit ilmu dan juga kesedaran..Wallahu'alam....=D

...: PUTARAN KEHIDUPAN :.....

SALAM SEMUA...

setelah sekian lme xjenguk blog....bru rase mau update...b4 dis mngalami perintah berkurung...so tinggalkn blog buat seketika..heehe..[ 28 MAC - 5 APRIL ] berjuang mnghadapi final terakhir di bumi kipsas....beerti xlme lg kami akn kluar mninggalkn kipsas...sedih pulak........

tepat jam 5.30 [5 APRIL], sorang-sorang angkat kaki pulang ke rumah dari semua penjuru....family yg dr utara ade, selatan, timur,barat...senang kata semua fmily dtg ambik sbb nk angkut perabis brg2..sem dpn xduk sini dah....=(
kalo tgk di status fb, semua pakat duk bersedih...kate x rela berpisah ngan shbt2,lec2,staf2 n len2....mungkin byk dah memori tercipta disini stlh hmpir 3 tahun ditrbiyah.....

tp prncngn Allah tu melebihi segalanya...inilah dinamakn prcaturan hidup...diajar utk berkenal2an di dunia....makanya, setiap prtmuan tu disusuli perpisahan...hari in i kita berpisah disini tp masih kekal diingatan...dan andai kata diberi pluang further stdy, insyaAllah kite bertemu shbt2 yg bru...dan berpisah juga kemudiannya...doa la ye moga-moga ukhuwah ni abadan abada....

p/s buat semua shbt & shbiah: meh pakat doa buat diri dan shbt spya diprmudhkn urusan strusnya samada utk degree dlm atau luar negara mahupun ade yg berkeinginan nak bekerja dah..all d best ye semua.....praktikkan segala ilmu yg kite ade selama 3 thn menuntut kt sini...akhir kalam, jmpe tyme konvo ea ^_^

Tuesday, March 15, 2011

KISAH TUKANG KAYU.......

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sematkan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

sumber: iluvislam.com

MINGGU YANG PANJANG.......

Minggu berganti minggu pergi meninggalkan kita tanpa kita sedari masa berlalu dengan begitu pantas sekali.Tapi tak tau la kenapa,minggu ni terasa begitu panjang.Mungkin kerana jadual yang terlalu padat dan meletihkan fizikal dan mental.Tercabar juga kemahiran untuk menguruskan masa di tambah lagi dgn manusia yang pelbagai ragam..lantas menguji kesabaran diri....last2 terbabas gak... Jelas2 xpndai uruskan masa, bru berpogram sikit dah berterabur assignment, tesis....hehehe....

sekarang da pulih semula....semua pogram da setle....tesis pon da smpai ke penghujung, tggu mase je nak kena reject atau diterima.....huhu..bru2 ni saya terlibat ngan pogram seminar keagungan wahyu, MSU, annual DINNER, PERMATA KASIH.....ape pon yg plg best moment for me, mestilah permata kash...sbb muslimat belaka even kawan terdekat pon xbg sambutan sgt tp ok je...^_^ insyaAllah ade manfaatnya buat yg hadir.

bak kata seorang ukhti, nk didik hati2 manusia dgn pogram ilmiah bukannya mudah wp dlm pogram tu kite selitkan byk game fun2 tp kalau hati2 mereka xterbuka nk buat mcm mne...at least kite da berusaha drpd duk berdiam diri tanpa memikirkan mslh siswi2 skrg....disini pn dah nmpk cabarannya...jgn give up terusla berusaha....syukran ukhti ats kata-kata ni....

** di bawah ade bbrp pic kenangan berpogram....***

seminar keagungan wahyu

dalam knangan..kek tyme DINNER SUU...cantik kan??warne department

best moment kat dpn mahkamah syariah...^_^

pogram julung2 kali diadakan under HELWI

mantan2 HELWI...mabruk to krew2 HELWI + fellow...=)

p/s: moga segala input yg baik sepanjang pogram, kita ambil sbg bekalan utk perjalanan kehidupan seterusnya...dan inilh pogram terakhir buat year 3 yg bakal melangkah keluar...moga trus berjaya....

Wednesday, March 9, 2011

LALAI DALAM SOLAT....

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.

Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Wednesday, February 23, 2011

renungan buat BICARA Qalbu......

“ BICARA CINTA ”
Baru-baru ni mngikuti ceramah di UMP yg disampaikan oleh ust Mohamad Pahrol Joui….teruja jugalah,selama ni dgr motivasi n bual bicara hanya di IKIM.fm…

Awalannya, cinta itu lahir di syurga, kmudian di damparkan di dunia dan dialirkan kembali ke syurga..”
Cinta itu tmptnya dihati..apabila cinta arahkan kepada kebaikan, maka hati juga akan diarahkan kpd kebaikan.

KUASA LUAR BIASA
• Bila tepat masa, siapa dan keadaan
• Siapa lebih cinta Dialah yang memberi
• Cintalah org yg mecintaimu, bukan yg kamu cintai

“ biarkan cinta kita bertasbih kpd Allah, bukan kita bertasbihkan sebuah cinta…”
SYAHADAH - Allah itu tujuan dan Muhammad itu sbg haluan & panduan
Melihat kepada saat kmatian mnjemput Nabi Muhammad, baginda masih mengingatkan ttg perkara solat . yakni bukan hanya ditujukan buat org sekeliling yg ada pada masa itu tp peringatan itu untuk umat di masa akn dtg (sehingga smpai pd kita hari ini)

BUDAYA COUPLE
- Mjadi perkara biasa dlm masyarakat, slh meletakkan cinta…bergantungan dgn mnusia bukan berkehendakkan mncari cinta hakiki…kjrlah cinta hakiki pd Rabb.
- Dan di saat itu segala yang benar akan mnjadi batil
- Cth: Valentine’s day (bkn ini caranya menyalurkan rasa cinta)

APA ITU CINTA??
- Cinta adalah sebuah tanggungjawab….
- Love is a verb….(cinta adalah tindakan)
- Erti kata lain, save sex is not safe sex…..maka, sebayak mana kmanisan yg diteguk sblm nikah maka smakin tawar dan hambar cinta setelah brkhwin
- Cinta bukan MENDAPAT tp MEMBERI
- Cinta tanpa alasan & balasan
- Cinta Allah itu luas & sentiasa akan memberi wp hambanya tidak bersyukur kpdNya
- Kata Dr Aidh al-Qardi: “org yg pertama yg mndpt kbaikan ialah org yg prtama mmberi kbaikan”
- What u give u get back
- What u see is what u get
- Who u are determine how u see
- Kata Al-farabi: “jika cinta yg nafsu semata-mata, maka cinta itu didorong oleh syaitan..maka ia adalah haiwan”
- Kata-kata hukama’: suatu dosa itu nmpak indah semasa nk buat tp pasti ada penyesalan berpnjangan slps itu.
- Cinta adalah FITRAH, xperlu diajar(built in), xdpt dihapuskan,sgt penting demi kbahgiaan & ktenangan hati dan sgt penting utk kelangsungan hidup

- Tahanlah rasa cinta (hati) kpd yg bukan hak…mujahadah itu PAHIT krn syurga itu MANIS…apabila seseorang itu beriman, maka ketahuilah Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

- Utk mencari pasangan yg terbaik, maka diri kita perlu mnjadi baik dahulu (mncapai tahap solehah)

- Ingatlah bhw zina hati adalah dgn cinta dan harapan…hati mnjadi bolak-balik…kmanisan ibadah tidak dirasai….maka kawallah ia dgn ISTIGHFAR…..

Monday, February 14, 2011

....JOM TENGOK....

P/S: nak ajak semua tengok n renung 1 gambar ni....b4 dis kwn cerita ttg satu news yg berlaku di johor kalau xslp, then sy copy pic ni dr die...seekor rama-rama tp pd hujung sayap ade kepala ular...ha, menarik x??

Saturday, January 22, 2011

MOTIVASI PAGI.......>>>>

Lepas selesai je solat subuh, mcm biase terus je on radio hp…jom dengar motivasi pagi kat IKIM fm…sbgai insan biasa, kita memerlukan tiupan2 nasihat, bual bicara motivasi sbg pembakar smgat buat diri sendiri…hasilnya kita mampu buat kputusan bijak & mampu tangani masalah-masalah yg mendatang….pagi ni motivasi disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad bin Juoi dgn tajuk ‘ CARA HIDUP ISLAM’…..

Memetik kata-kata Imam al-Ghazali: cara hidup yang baik akan mentukan cara kematian, cara kematian akan menentukan cara pembangkitan kita di hari akhirat, cara pembangkitan kita kelak akan tentukan ke mana kita melangkah samada syurga mahupun neraka…………………..”

*** IMPIKANLAH KHUSNUL KHATIMAH*****

Wednesday, January 19, 2011

...:SEKADAR PERINGATAN BERSAMA :....

.... Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa KESABARAN & KESYUKURAN.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi halangan, namun jika sesuatu itu ditakdirkan BUKAN untuk kita pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.

Ingatlah dalam kamu berlari mencari redha Tuhanmu tidaklah ia dihiasi dengan wangian kasturi tetapi ditaburi dengan onak ranjau yang tidak terperi.

Tiada rasa ketahanan tanpa ujian, tiada rasa kehambaan tanpa keresahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan ...

" Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri.. "

p/s : kudambakan cintaMU, ya Allah. Berikan aku kekuatan..

Tuesday, January 18, 2011

...BUAT INSAN ISTIMEWA >>>>

Sahabatku

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

***KHAS BUAT SHBT2 SMKSTL esp izzati,wani,fizah,ain,suzi,dll....sgt merindui kalian..***
moga terus berjaya dlm lapangan masing2....

....onE lOvE......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

**** ni lirik lagu satu cinta (lagu blog ni)...same2 kite semaikan rasa cinta pada yang BERHAK...***

JADILAH SEPERTI PENSEL..........

Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan ...kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman

Sunday, January 9, 2011

AKAL DAN HATI .......

*** SEDIKIT PERKONGSIAN DARI FB IKHWAH....***

"Harry, open the door!"

"Harry, can you please open the door!"

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.

Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah "The Magic Word".

"The Magic Word" bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah "The Magic Word" yang dimaksudkan.

AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan.

Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.

Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Ali, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.

Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!"

Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz "Ya Bunayya", yang boleh dimaksudkan sebagai "wahai anakku sayang". Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa "The Magic Word" yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?

Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih.....

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G