Saturday, March 20, 2010

pEmergiAn sEoraNg ulamA'........


Walaupun hal ini berlaku beberapa hari yang lalu namun ia tetap memberi impak kepada umat Islam…suatu hari ketika di tutor usul fiqh, sOrang ustaz telah menyampaikan satu berita yang menyedihkan iaitu Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi telah kembali ke rahmatullah…….

Hilangnya satu demi satu para ulama ummah. Moga-moga pemergiannya tidak akan melemahkan semangat para penuntut ilmu agama bagi meneruskan pemburuan ilmu di perlembahan Nil ini……..

Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.Syaikhuna wafat pada pagi 10 Mac 2010 di Makkah al-Mukarramah ketika hendak berangkat pulang ke Mesir.Beliau pergi menemui Allah taala pada umur 82 tahun. Sebelum sempat menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Khalid al-Dauli di Riyad beliau diserang sakit jantung dan dibawa terus ke hospital, namun Allah taala lebih menyayangi ulamanya ini. Beliau dijangka akan dimaqamkan di Baqi’ al-Gharqad berhampiran Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Rasul sallallahu alaihi wasallam. Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah. Kami tetap merinduimu ya Syaikhana.

No comments:

Post a Comment


tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G