Friday, March 26, 2010

SaLaM iMtiHaN...............


Dan sudah tiba masenye…………..

Pejam celik pejam celik…..dah smpai ke pnghujung sem….huhuhu…dan exam is cOming again…tibe masenye bertungkus lumus utk stdy smpai otak tepu…..hehe…nway besar harapan sy sekirenya ilmu ni kekal…bkn hanya utk diluahkan di atas paper exam je….supaya ley amalkn smpai bile2…tkot2 andai sekirenya ilmu ni pergi mngglkn ku setelah slesai exam…niatkan stdy krn Allah..dan mOga ilmu ni ade berkat n redhaNya…...ni antara subjek sem ni……


ASU 2012 Qawaidh Fiqiyah
ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam
ASU 2073 Usul Fiqh
ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah
ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan
ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan
ASU 2262 Bahasa Inggeris 3
KIP 2031 Halaqah Usrah 3


Agak mencabar bg seOrng pemalas mcm sy…..Ya Allah kau bangkitkan semangat hambaMu ini…mOga2 dirinya diberikn kjyaan didunia & akhirat…..InsyaAllah….


tO all my belOve frenz especially shbt usrah :

dOakn kjyaan bersama…..smg berjaya didunia & akhirat…..

mEncari keredhaaN AllaH........

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA


TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.


5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW


6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA


7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM…….

Saturday, March 20, 2010

pEmergiAn sEoraNg ulamA'........


Walaupun hal ini berlaku beberapa hari yang lalu namun ia tetap memberi impak kepada umat Islam…suatu hari ketika di tutor usul fiqh, sOrang ustaz telah menyampaikan satu berita yang menyedihkan iaitu Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi telah kembali ke rahmatullah…….

Hilangnya satu demi satu para ulama ummah. Moga-moga pemergiannya tidak akan melemahkan semangat para penuntut ilmu agama bagi meneruskan pemburuan ilmu di perlembahan Nil ini……..

Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.Syaikhuna wafat pada pagi 10 Mac 2010 di Makkah al-Mukarramah ketika hendak berangkat pulang ke Mesir.Beliau pergi menemui Allah taala pada umur 82 tahun. Sebelum sempat menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Khalid al-Dauli di Riyad beliau diserang sakit jantung dan dibawa terus ke hospital, namun Allah taala lebih menyayangi ulamanya ini. Beliau dijangka akan dimaqamkan di Baqi’ al-Gharqad berhampiran Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Rasul sallallahu alaihi wasallam. Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah. Kami tetap merinduimu ya Syaikhana.

Saturday, March 13, 2010

LahiRkaN raSa kesYukuraN……

Hari ini, sy rase amat bersyukur berada di samping shbt2 yg sentiase perjuangkan agama Allah..yg sentiase menegur tatkala diri terleka dan lalai…dan hidup demi mndptkn rahmat dan redha Allah…mungkin btol kata seOrg shbt sy, kalau bkn bljr di kolej ini..mungkin kami semua tak dipertemukan…evEn pd mase yg sama masih ade juga shbt2 yg diduga dgn mslh ‘hati’…namun, kutetap berdOa moga mereka diberi hidayaH dan kesedaraN..

Jumaat lalu..mrupakn hari terakhir HELWI bersiaran…dalam seminggu ade 168 jam…dan dari itu, hanya sejam je HELWI mencuri masa kalian utk diperdengrkn dgn tzkirah nisa’…smg kite semua tidak tergolong dlm golongan yg menolak mjlis2 ilmu krn bimbang-bimbang akan matinya hati…sama2 kita nntikan keluaran HELWI next sem…hehe…
Semalam sy tertarik dgn satu msg dari shbt..eVen bace dalam keadaan mamai tp masih dpt mnghayati bait2 ayatnya…

“ buatmu gadis pengemis redho Ilahi : Tika titis airmata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yg mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka pemberi bahagia kpd hati & naluri. Sedikit yg bermanfaat lebih baik daripd byk yg melalaikan. Ujian Allah dtg kerana kasihNya pd hambaNya, moga iman terus mngkt, hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab dgnNYa..Uhibbukifillah ya ukhti..biarkan jodohmu..biarkan dia bersedia dgn ilmu utk memimpinmu kelak…Allah memeliharanya jika engkau mmelihara hbunganmu dgn Allah..slmt tidur bidadari syurga..aku hrp kau terjaga di saat tahajud mnjelma…”

p/s: buat shbt2 sefikrah seagama…dOaku moga kita tsabit di ats jln perjuangan…bila ditnya mngape perjuangan itu pahit??katakn lah bhw syurga itu manis…ukhuwah lillahi taala…
sedikit pengisian akhir dari HELWI sbg tatapan semua…


Akhirul kalam letakkan ALLAH
dalam hatimu,
engkau akan merinduiNya,
andai harimu tiada ingatan kepadaNya,
engkau akan gelisah andai DIA
tidak mendengar rintihanmu,
engkau akan rindu,
andai DIA tidak memandangmu
engkau kan tak keruan …
andai doamu ditolak...
dan itulah cinta hakiki..
kerana engkau yakin,
disana adanya sebuah pertemuan di taman syurga yang indah..

bercintalah kerana ALLAH.. dan engkau akan merasakan erti bercinta yang sebenar. InsyaALLAH

Tuesday, March 2, 2010

aPaKah eRti KALAM ALLAH pd kiTa....?????



Email yg diterima dr kakak sy & mungkin bley dikongsikan sbg renungan bersama… Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku..
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, kau pegang Aku, kau junjung dan kau pelajari ..Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari.. Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu.. Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa.. Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu Begitu mengasyikkan. Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja… Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu.. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.. Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali… Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu.. Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku. Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.. Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala.. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk… Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja ..Waktu pun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam almari mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan.. engkau membacaku kembali.. Itupun hanya beberapa lembar dariku.. Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu… Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku…

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu..
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.. Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya… Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu? Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu.. Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... Kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan ..Yang akan membantu engkau membela diri ..Dalam perjalanan ke alam akhirat ..Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah aku kembali.. .. bacalah kembali aku setiap hari… Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu.. Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu. Sentuhilah aku kembali... Baca dan pelajari lagi aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat. Seperti dahulu.... Waktu engkau masih kecil.. Di surau kecil kampungmu yang damai… Jangan engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....



tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G