Tuesday, June 29, 2010

***IKON***



Salam semua….terase nak post smething kt blog…
tjuk ini mnjadi pilihan…. menonton halaqah sentuhan kalbu yg mmbicarakan ttg ikon…..siapakh swjarnya diletakkan sbg ikon umat Islam????
kata ustaz Badlishah, Nabi Muhammad mmberi syafaat kpd umatnya,apakah yg kite lakukan kpdnya??????apakah blsn dr kite utknya……

Sayu ati tyme akhi firdaus D’jamaris (betul ke eja ni) wat mhsbh diri……hmmm betape hina asenye diri ni….perkongsian dr Akhi mngenai siapa yg plg mulia disisi Allah….shbt mnjawab malaikat (sntiase bertsbih kpd Allah).. para Nabi(sbg utusan)….golongn shbt(mmbntu perjuangan Nabi)…..maka akhrnya Baginda mnjwb mereka adlh yg mrinduiku,tidak pernah bertemu dgnku..(UMATKU)……..siapakh yg spttnya mnjadi idola@ikon hidup kite???sehgga diri trlalu bangga dgn artis,atlet sukan,pemain bola……???sdkt pon tdk mmbntu kite di akhrat….
hayatilah dan hidupkanlah rase cinta kite pd yg berhak (Rasulullah s.a.w)….kate ustaz,jika meletakkan selain Baginda sbg ikon….idup ibarat kapal tanpa nakhoda…hilangla pgangan idup kita…..(al-Quran & sunnah)

***alangkah indahnya hidup ini….andai dapat ku tatap wajahmu****

p/s: kembalilah kpd bahtera yg disediakan Islam…..mOga2 xkan tersesat selamanya

kEMaTiaN......

Sedar xsedar cuti 3 bln da berbaki bbrp hari je……da bersedia ke nak menadah ilmu….???Ya Allah berikan aku kekuatan fizikal & rohani…..
Spnjg cuti ni mcm2 berita sy dapat……..berita kematian yg xmngira usia……berita gathering mmber zmn skola…xkurang jgk dgn jemputan kahwin yg sgt byk…..1st of all,mabruk buat semua yg da mndirikan masjid…bentuklah keluarga mawaddah,insyaAllah (baitul muslim)……

30 April : ulngthn besday ke 20….moga2 dgn prtmbhn umo lbey mndktkan diri dgn Allah…aamin…..thnx kpd family n kngkwn…
1 Mei : hari ni,seorg pkcik@ ustaz@imam a.k.a (ayh agkt) tlh kmbli ke Rahmatullah….moga2 rohnya dicucuri rhmat wp knl dlm mase yg singkat tp arwah sgt baik hati…..stiap kngan akn terpahat….
18 Mei : hari ni besday kwn sy (AfiQ)..sanah helwah ya…….
at d same day,seorg shbt kpd shbt telah kmbali ke Rahmatullah(sdg berada dlm mggu exam)……..perginya pd usia 20 tahun (bbrp hari utk genap umo 20 thn) stlh trlibat dlm kmlngan di Kuantan…keadaan yg sgt ngeri dan mnyayat hati….
juge pd ari yg same pakcik shbt tlh mninggal dunia stlh lame bertarung dgn kanser…..

***al-Fatihah buat yg terlebih dahulu pergi mninggalkan kite………***

Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (Surah Al-Sajadah :11)

p/s: mmikirkan soal kmatian,buat aku terase sgt rndu pd seseorang (arwah mak)..[Nik Zainab Bt Jusoh]…alhmdlilah cuti ni byk kali ziarah kubur arwah…moga roh arwah dicucuri rahmat….
Motifnya kat sni :“ Kmtian itu hadir tepat pd masenya..tdk terlewat atau terawal wp sesaat “…..~
So,slmt beramal & lakukn prubhn pd diri….

Saturday, June 26, 2010

GERHANA BULAN........


Bacaan ketika solat gerhana matahari ialah secara perlahan sebagaimana solat Zohor manakala untuk gerhana bulan pula ialah secara kuat sebagaimana Maghrib

Kita diminta supaya memperbanyakkan menyebut istighfar memohon keampunan Allah
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

للّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ

الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Thursday, June 24, 2010

Tujuh kalimat.........

> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya........~

tanda2 hati y keras......

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

MARAH : puisi untuk kalian ^_^

apabila org lain trsilap, mrh kita meluap-luap..
apabila org lain terslh, mrh kita bagai bara disimbah..
apabila org lain tersadung, mrh kita mula bersabung..
apabila org lain tersungkur, marah kita tdk terukur..

semuanya kerana marah ..

apa kita lupa atau mungkin alpa,bagaimana seandainya...

Bila kita tersilap, Tuhan yg marah..
Bila kita tersalah, Tuhan yg marah..
Bila kita tersadung, Tuhan yg marah..
Bila kita tersungkur, Tuhan yg marah..

Dimanalah bumi hendak dipijak..
kemanalah langit hendak dijunjung..

kata2 ini adalah peringtn hbt buat kita utk tidak berasa marah..moga mngambil pngjrn..^_^

Wednesday, June 23, 2010

LekaNya kiTa......."




Akhirnya selama 3 tahun aku belajar,dpt jugak diploma..lpas ni sambung degree pulak..lpas tu baru keje..
Tapi,bila masa aku nak belajar agama,asyik dunia je aku kejar..dlm 3 tahun tu pun aku tak pernah khatam Quran,pe lagi nak baca hadis..leka betul aku..malu aku bila budak 5 tahun tanya hukum idgham maalghunnah..tak kan nak tengok buku kot..umur dah 20-an dah..time cuti semester cari keje..ustaz aku tak cari..mlm tengok tv.kuliyah maghrib tak pernah pergi pun..

Tu baru budak tanya tajwid,cam mane lau orang cina Tanya hukum tu,hukum ni..tak kan nak jawab tak tahu..maknanya sama lah aku dgn org cina tu..pandai cari makan je..mane indentiti aku sebagai org Islam..tak kan kat kad pengenalan je kot..
Cam mane kalau taksempat habis degree,habis master,tak sempat dpt keje Allah tarik nyawa..ape aku nak jawab depan Allah nanti..Allah tak tanya aku pandai tak,tapi Allah Tanya nape kita tak belajar agama??Allah bagi kaki,nagi tangan,dan semuanya..tp aku lalai dgn dunia..kejar sgt cita2 samapi lupa pada agama..malunya aku padaMu..nikmatMu aku tak guna betul2..

Syaitan goda lagi..tak pe.."nanti kau habis degree,cari la kitab".."nanti kau dapat keje cari la ustaz".."relax r,muda lagi,cari la dunia dulu"..emm.betul gak tu..nanti aku dpt keje baru aku belajar agama..nak habis belajar dulu..

Bagaimana kalau aku sudah tiada esok hari???

p/s: kadang2 kita terleka dgn nikmat Allah..so,sume tu akan Allah tanya balik..sikit pun xkan tinggal..pengetahuan Allah tak sama dgn pengetahuan kita..Dia Maha Mengetahui segala2nya...peringatan buat diri sndiri & shbt2....

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G