Monday, August 30, 2010

Bertuahnye kalau dapat bertemu Lailatul Qadar......jom sama-sama kita cari :)


“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3)


Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.

Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah:185)

Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.

Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata ‘lailah’ itu bermaksud malam, manakala al-Qadar ialah ketentuan (nasib, ajal, rezeki dan jodoh pertemuan ditentukan).

“Jadi apabila dirangkaikan sebagai Lailatul Qadar bermaksud Malam Ketentuan dan pada malam ini malaikat diketuai Jibril turun ke bumi. Ada sesetengah mengatakan sebanyak 70,000 malaikat.

“Di sini juga dapat difahami Jibril tugasnya bukan setakat menyampaikan wahyu, bahkan setahun sekali pada Ramadan turun ke bumi,” katanya, sambil menjelaskan maksud ayat 4 dan 5 surah al-Qadr:

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Malam al-Qadar disifatkan sebagai malam yang berkat. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Maksud ad-Dukhan:3)

Disebabkan mulianya malam al-Qadar Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan amal ibadat.

Ini diterangkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw sabdanya (bermaksud): “Sesiapa menghayati malam al-Qadar dengan mengerjakan solat (dan ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih, Riwayat Bukhari).

Ibadat lain yang boleh dilakukan ialah membaca al-Quran, berzikir, beristighfar (memohon ampun), bertaubat dan berdoa.

Zamihan berkata, kelebihan malam al-Qadar bermula pada solat Maghrib, seterusnya Isyak (berjemaah) sehingga Subuh dan ibadat yang menjadi pengisian sepanjang tempoh itu bergantung kepada tahap keimanan masing-masing.

Tetapi malam yang berkat itu tidak dinyatakan secara lebih tepat pada hari tertentu. Tujuannya supaya Rasulullah saw dan umatnya memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan sepanjang bulan.

Rasulullah saw sendiri menghayati 10 malam terakhir Ramadan; mengerjakan ibadat (Qiamullail) dan beriktikaf di masjid, untuk menyambut kedatangan malam yang mulia itu.

“Nabi mengejutkan kaum keluarga untuk beribadat, Nabi fokus berzikir dan beriktikaf di masjid, tetapi malangnya kebanyakan masjid kita dikunci dan yang boleh digunakan untuk beriktikaf di sudut anjung saja,” katanya.

Dari Aisyah r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir (dari bulan Ramadan), berbanding dengan masa lain.” (Hadis sahih, riwayat Muslim).

Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi saw ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis.

Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari).

Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan.

“Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat.

“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.

“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.

“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri,” katanya.

Beliau menjelaskan, orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat, malah perangai berubah kepada lebih baik.

“Justeru, dalam kita mengharapkan Lailatul Qadar, seeloknya kita membuat persediaan, bermula dari pencarian ilmu, seterusnya dengan ilmu dapat beramal ibadat dan ibadat itu pula dengan hati ikhlas,” katanya

Sunday, August 29, 2010

SANAH HELWAH UMMI......=)

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



28 OGOS 2010....SELAMAT HARI LAHIR MAK....
walaupun tiada di depan mata,tetap wujud dalam hati anak2mu....dan kami sntiase mendoakan dan merinduimu.....Al-Fatihah buat Nik Zainab Bt Jusoh......moga rohmu dicucuri rahmat...


Buatmu Ibu

Friday, August 20, 2010

.......SIFAT SAHABAT....

12 Sifat Sahabat~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


***Sahabat sejati itu ibarat mutiara yg sentiasa menerangi dikala kita kegelapan dan dikala kesusahan...sahabat yg baik adalah sahabat yg sentiasa mengajak kita ke jalan benar dan tidak terpesong *****

LA TAHZAN>>>>


terkadang rasa tak larat nak pujuk hati spya xterus kecewa & sedih mmikirkan byk mslah....bila diri teruji,mudah je utk aku mengeluh....Bila rasa sedih..ku rasa tiada tmpat utk ku luah kan..tapi aku silap..bahawa DIA selalu ada utk mendengar rintihan hati ini..mengapa aku lupa akan-Nya..sepatutnya aku perlu sentiasa bersama-Nya..selalu bercerita kepada-Nya..mengapa aku memohon belas kasihan orang lain..kenapa..kenapa..ketahui sudah lumrahkan kita punya perasaan..dan tidak semestinya perasaan kita ini kesampaian..oleh itu,sampaikan perasaan kasih..sayang dan cinta Khas utk Allah semata2..kerna ia kekal abadi..aku mula mencari sekeping hati yg terawang-awang kembali ..agar die ketahui bahawa ia mempunyai cinta yg termahal tanpa diduga..alhamdulilah..terkaku..dan air matanya berlinang..subhanaAllah..amin ya rabbala'lamin.....

aHlaN waSaHLaN....



salam ramadhan buat semua....sedar xsedar da 9 Ramadhan hari ni....sayu hati & amatlah rugi andai kita membiarkan Ramadhan itu berlalu pergi begitu shja je....tanpa terkesan sdikit pon pd hati utk tingkatkan mutabaah amal....

disini juga mnyeru pada diri sy dan shbt2, sama-sama kita mencari kenikmatan dalam beribadat....insyaAllah....moga ketemu mlm lailatul qadar....

Friday, August 6, 2010

bersaBarlaH duHai hAti.......


Sesungguhnya dugaan yg mnimpa diri bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir tersungkur dalam perjuangan. Ada kalanya kita mampu melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan lemah sehingga kita merungut....

Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

***Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.***
tatkala rasa diri terlalu lemah,singkaplah kembali perjuangan Rasulullah terdahulu...ambillah iktibar darinya...pohonlah sebanyak mungkin kekuatan drNya...insyaAllah

Wednesday, August 4, 2010

SETELAH MENYEPI....^_^

Salam semua…..
wahh,lamenye tinggal blog…da bersawang pon…….terase kesuntukan masa nak post bulletin baru…kelas pon agak pack,dgn subjek2 yg semakin susah….
hari ni dah minggu ke5 kot,next week da start puasa Ramadhan….rasa sayu pula,moga2 still diberi kesempatan utk Ramadhan yang akan dtg…Aminn…….byk jugak la program yg dpt sy join setakat ni……so nak disampaikn sikit intipati dr pogram….
18 JULAI 10 – MALAM AMAL PALESTIN DI HATI ANJURAN UIAM & BARAKAH
30 JULAI 10 – MALAM MAHABBAH PALESTIN PERINGKAT KAMPUS
a) Berkongsi pengalmn brmakna bersama aktivis LL4G konvoi Mavi Marmara ( En Mohd Nizam).
b) Mmbangkitkan kesedaran generasi muda akan isu kemanusiaan di Palestin
c) Mningktkan kesedaran terutama di klngn mahasiswa betapa Yahudi & Zionis adlh musuh umat Islam




31 JULAI & 1 OGOS – KONSIS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2010
Dgn tema “ kenyataan hari ini adalah mimpi semalam”…
Antara tentative : ice breaking, slot 1 (risalah pemuda )- ust Fadhil, slot 2 (kepentingan & wasilah trbiyah)- Pak Amin, slot3 (DK) Pak Ku Norkhail, slot 4 (DF)- Pak Cik Husni dan slot 5 (masa dpn utk islam )
Aktiviti yg sgt padat tp input bermanfaat buat kami ar-Ruhul Jadid fii jasadil ummah….syukran kathir kpd penganjur pogram...


p/s: mnyokong pnddk palestin di Gaza adlh suatu kewajipan agama pada setiap muslim dan tiada siapa dikecualikan drpd tugas trsebut. umat Islam perlu sedia berkorbn harta bnda & apa shj yg berniali demi mmbantu saudara kita di Gaza..."
- prof Dr. Yusoff Al Qardawi-

tQ..syUkraN...t.kasiH

tO visiTOrs..

LL4G